Sunday 18 January 2015

Kekalahan Adalah Kejayaan Yang Tertunda

Penyertaan aku untuk pertandingan certot anjuran FIXI yang bertemakan 'patung' minggu lepas.

Tahniah kepada semua pemenang (bukan aku).

*certot : cerita kontot yang tak melebihi 200 patah perkataan


PATUNG.

“Lelaki, kalau dua inci je, memang tak guna”, Jamilah teringat pesanannya sendiri kepada semua kawan perempuannya sambil dia tersenyum puas merenung dalam ke mata lelaki dua inci di hadapannya.
Sepasang mata butang membalas renungan Jamilah.

Pada Jamilah, tak sia-sia dia tuang kelas seharian demi membentuk patung voodoo-nya itu. Jamilah tidak sedar bahawa jika dia tidak ponteng, dia akan menghadiri kelas Pendidikan Islam dan kelas itu mungkin akan menghentikan niat Jamilah dari melakukan perkara syirik yang terkutuk ini.

….

Tak sia-sia Jamilah tuang kelas.

Jamilah membelek-belek patung voodoo-nya, fikiran terus melayang kepada Fakri, lelaki yang menghancurkan hati Jamilah.

“Fak u Fakri”, jerit Jamilah seiring dengan laungan azan Maghrib. Ah, Maghrib! Jamilah teruja kerana parti voodoo yang dijanjikan di bilik Hasnah, seorang lagi gadis bitter, akan dijalankan selepas Maghrib.

Jamilah capai patung voodoo dan terus ke bilik Hasnah. Setiap langkahnya mengukir senyuman yang semakin lama semakin lebar di wajah Jamilah.

Dari luar pintu bilik terdengar riuh. Kedengaran suara-suara tapi Jamilah tak dapat kenal pasti apa yang diriuhkan. “Takkan dah mula tanpa aku?”

Jamilah masuk terus ke bilik Hasnah, semua mata tertumpu kepada Jamilah dan patung voodoonya. Hasnah teriak, “Bakpo makae budu pung bawok patung!”.

“Lelaki, kalau dua inci je, memang tak guna”.









3 comments:

  1. ada sorang student aku nama kirish bodhoo. aku segan nak annouce nama dia.

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete